Nuffnang Ads

Followers

Tuesday 26 June 2012

DIY Buaian baby automatik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan²..

Hari nie aku nk share dgn hampa semua mcm mana nk buat buaian baby yang biasa, menjadi automatik..

yang sebenarnya anak aku nie jenis tdoq dlm buaian nak ada org tlg henjut, xkanlah 24 jam nk kena henjut, jenuh bini aku xdan nk buat kerja rumah, so, memandangkan aku ada byk sparepart kreta, aku pun terpikiaq nk buat automatik.... meh aku share dgn hampa semua... 


bolehlah habuan nk bg henjut buaian tu kan... 

bahan² yg diperlukan...
1 => motor viper kreta, 
2 => arm linkage viper kreta
3 => Power Supply 12V DC
4 => wayer
5 => braket² apa yang patut...
6 => Fuel Hose
7 => soletape
8 => 2 unit Takal
9 => 1 jenis soket 

aku guna power supply dari komputer...


Fuel Hose, Braket "8" & Soletape

2 unit takal RM2.50 seunit.

OK, bila brg² dh ready, kita mula dgn pasangkan motor viper kereta dkt batang besi buaian..


lapik tapak besi dgn getah "Fuel Hose" supaya kejap dan tiada arus yang bocor.

so, bila dh tapak motor dh sedia, bolehlah kita teruskan dgn memasang "linkage arm" di bahagian atas motor  viper td.


Potong "FUEL HOSE" kpd 2 bahagian dan lekatkan di batang besi seperti gambar di atas.


Lepas tue, guna braket "8" untuk ikat "Linkage Arm" di batang besi mcm gambar di atas

so, bila dh siap bahagian motor dan "Linkage Arm",
teruskan dgn pasang takal pada bahagian buaian plak...

guna teori fizik, penggunaan takal dapat mengurangkan 50% berat beban


pasang takal mcm gambar di atas, lepastu bolehlah masukkan tali seperti gambar di atas.

so, bila dh setel bhgian motor, "linkage arm", takal dan tali, kita boleh teruskan dgn pemasangan wayar...


sambungkan wayar +ve 12 VDC ke terminal atas sebelah kanan
dan sambungkan wayar hitam ke -ve 12 VDC  (seperti gambar di atas)

so, boleh lah sambung wayar td ke power supply komputer..

so, dah siap.... bolehlah habuan nk bg henjut sikit².. huhu...
sekian..  trima kaseh kawan² coz tlg support blog aku nie.. hehe

Monday 25 June 2012

Perjalanan hidup aku dalam Kelab Toyota Ver 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Hari nie aku nk kongsi dgn hampa semua mcm mana sejarah hidup aku bersama² KELAB TOYOTA nie... 

masa aku pkai kreta KE20, aku lone ranger, tp, bila dh mula pkai AE80, aku mula cari geng...

Bermula pertengahan tahun 2008 aku mula berjinak dgn TOYOTA, aku mula join kelab AE80GROUPS melalui AH FEI (Ahmad Fikri). kebetulan pula masa aku join tue, dh dekat dgn ulangtahun pertama penubuhan kelab tue. 13.06.2008, truslah join ulang tahun tue dkt SG Buloh bersama² dgn 2 org member baik aku iaitu IDZUAN dan DIGI... Thanks to Ah Fei coz bg tumpang tdoq rmah dia... 

Kreta aku yang warna putih sebelah kreta kuning tue ha... 

nie gambaq masa aku tngah potong bahan² untuk BBQ... (sbelah kiri aku tue Farid n sbelah kanan skali mmber baik aku IDZUAN)

Hari kedua ulang tahun AE80GROUPS, konvoi ke SG Pinang... dalam perjalanan, kreta aku OVER HEAT r plak... tunggulah enjin sejuk sat... 

Berkat pertolongan ahli², sampai jugak kami d SG Pinang.... 

dh habeh mandi², malam tu aku trus balik perlis....

selang 2 bulan lepas tue, aku mula kenal dgn OTAI Toyota perlis iaitu ABU, start tu, aku mula join KELKETU (KELab KE reta Toyota Utara)


pada 03-08-2008, bermula dgn konvoi kenduri ahli KELKETU iaitu CHA'A a.k.a cikgu... 

Pada 31.01.2009, aku join plak event KELKETU dkt Pantai Merdeka, masa nie aku dh mula kenai dgn Gee (PAX 4000)...

kreta aku yg warna kuning tue ha... 

2.05.2009, aku join Mesyuarat Agung KELKETU yang ke 2...

barisan kreta² toyota.... 

pada 12.09.2009, aku join satu event berbuka puasa dkt Permaipura Golf & Country Club dkt Bedong, Kedah
masa nie aku dh mula pakai kreta WAS8964... 

aku rs stakat nie dulu lah kot, kebas tangan dok type nie, tmbah plak bini panggil makan nasi... besok aku sambung versi 2 plak... di mana bermulanya era Toyota Utara (T-Utara).... 



Friday 22 June 2012

DZ Cyber Enterprise

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Tahun 2007 > 2009 aku ada buka cyber cafe yang bermula pada 27 Julai 2007..
Bermodal kan rm15k hasil pinjaman dari Bank Pertanian Malaysia,
aku bermula dgn 12 buah komputer dan bertempat di No 5, Jalan Seri Embun 1, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis.

ini adalah daftar niaga cyber cafe aku tue..

gambaq bawah nie masa aku beli monitor dari georgetown Pulau Pinang.. total 60 unit komputer, 20 untuk kegunaan CC, balance untuk dijual...

Trima Kaseh kpd Mak njang aku yang bg pinjam kreta Toyota Unser untuk angkut brg² nie

Pandangan dari luar DZ Cyberz Enterprise

Pandangan dalam DZ Cyberz Enterprise

dapat pulak pinjaman dari TEKUn untuk besarkan CC

lepas renovate... 

 pertambahan komputer kepada 25 unit komputer

warna HIJAU menjadi tema

masa urusniaga..

budak² pun main jugak..

Pejabat urusan..

Pada 27 June 2009 aku terpaksa tutup perniagaan aku nie sbb aku terpaksa tumpukan terhadap pelajaran...
Aku sambung Diploma Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan di UNIMAP sesi 2006 > 2010..

Wednesday 20 June 2012

Imanul Hakim dah pandai cakap

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

mlm nie aku nk kongsi dgn hampa semua prasaan gembira aku sbb anak aku dok membebel dalam bahasa baby daaa.. tp yang x bestnya, dia nk bercakap dgn ibu n ayah dia ja.. kesian dkt tok ayah dia, dok sembang, tp x dpt feedback, nie aku rakam khas buat family aku yang mesti hepy bila dgr Imanul Hakim sembang nie... 



itu ja buat masa nie.. nnti mau ada lg, aku upload lg yer... trima kaseh coz tengok video clip nie... 

Amateur Drifter

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari nie aku nk upload ttg kisah pada tahun 2009... 
masa tu aku still study dkt UNIMAP, 
slalu time malam² aku akan layan drift dkt stadium utama kangaq.. 

nie video yang bolehlah konsider amateur drift.. almaklumlah, main blasah ja main drift guna kreta enjin standard dan x da coach.. 

video bawah nie plak masa aku lpas abis exam.. mmg nk lepaskan tension, p lah buat drift dkt tempat parking bus unimap.. 

aku x tau lah dalam byk² kali aku drift, hanya 2 kali berjaya dirakam oleh member aku...

gambar bawah nie plak masa aku main drift dkt stadium utama kangar..

adalah beberapa org tetamu yang dok mai tengok..

masa nie en Bob, ahli kelab AE80Groups dari KL pun ada skali, dia naik SE Limited warna putih tue ha...
ditambah plak dgn sorang otai KE20 yang warna oren tue.. dia pun mai tengok gak..

kalau hampa prasan, yang pakai topi tu boleh dikatakan OTAI geng² olskool gak.. orang pnggil dia MIE AIS.. 

Kancil nie pun tringin nk join... main tarik Handbrake.. 

Gambaq bawah nie adalah akibat bermain drift... 

Habes tayar aku rosakkan

Benang² tayar pun dah keluaq... 

mujuqlah dkt Perlis nie aku ada jumpa port baek punya, sbijik tayar 13" anggaran dalam rm20 > rm50

So, rsnya stakat nie sajalah... nnti aku upload event GYMKHANA dan Drift geng² yg boleh konsider sbg profesional sekitar perlis n kedah nie.. 

Tuesday 19 June 2012

Power Window LE (AE80)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Post yang lepas aku dh share ttg power window untuk kreta KE 20... hari nie aku nk share mcm mana nk buat power window untuk kreta LE plak... 
Power Window untuk  kreta LE nie boleh dikatakan paling simple... sbb semua lubang² skru dh ada... cumank kena modify skit ja... 

mula² aku kena cari regulator dari model MIRA CLASSIC....

suiz plak boleh guna yg universal.. rm6 saja dkt kdai sparepart kreta..

terminal 1 => power window
terminal 2 => grounding (-ve) 12v
terminal 3 => +ve 12v
terminal 4 => grounding (-ve)12v
terminal 5 => Power Window

berdasarkan bgambar di bawah nie, tanda merah tu adalah lubang asal yang regulator asal LE guna.. 

so, aku cuma perlu tebuk 2 lubang di bawah nie.. 1 inchi ke kiri dari lubang asal

bila dh tebuk, pasangkan regulator mira mcm dlm gambar bawah nie.

bila dh siap, boleh lah pasangkan balik cermin tingkap dan door trim... 

so, dah siap... harap² hampa semua boleh buatlah nooo.... mau x boleh, boleh calling² aku untuk bantuan..


Monday 18 June 2012

POwer Windows KE20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari nie sy nk kongsi dgn hampa semua mcm mana nk pasang power window ke KE20... 

yang pertama skali kena ada power window.. kes aku nie, aku guna power window dari model ae111
yang nie sbelah kiri pintu ae111

 yang nie plak sbelah kanan pintu ae111

 Suiz universal boleh beli dari kedai spare part dgn harga rm6.. 

 barang² yg diperlukan, test lamp dan cutter dan soletape

 pertama skali sambungkan dgn wayar +ve 12v di tengah² siuz tue..

 Kemudian sambungkan test lamp dgn -ve 12v kemudian cuba sentuh setiap soket dan tengok apa yg terjadi.. macam kes gambar nie, lampu suiz tu menyala.. so, marking kaki suiz tu sbg lampu..

kemudian sentuh kaki yg bawah, dah cuba tekan suiz, nmpak lampu test lamp tu myala, maksudnya, kaki yg dibawah untuk tekan suiz..

 sama jugak, sentuhkan di bahagian atas dan tengok apa yg terjadi.. 

so, bila kita dh marking suma kaki² siuz, dh boleh buat sambungan wayar...
kaki 1 => ke motor power window,
kaki 2 => -ve 12v (ground) 
kaki 3 => +ve 12v
kaki 4 => -ve 12v (ground)
kaki 5=> ke motor power window

Lepas tu, keluarkan regulator asal KE20 dari dalam pintu KE20

Lepas tu turunkan cermin ke tahap paling bawah...

 lepas tu buka railing yg panjang dari regulator asal KE20 dan masukkan ke regulator ae111

 dah siap masuk railing ke regulator AE111

Lepas tue letakkan regulator ae111 td seperti gambar bawah nie...  

railing yg panjang tu letak bg sama paras... dan tebuk setiap lubang skru..

bila dah tebuk lubang skru, masukkan regulatorae111 td ke dalam pintu..

pastikan railing yang panjang td berada sama paras...

Bila dh sama paras, ikat skru yang lagi satu plak.. 

lepastu masukkan cermin dan ikat di lubang skru railing yang panjang td tue..

Bila dah masukkan cermin tue, cuba naik dan turunkan cermin tue, tngok naik dan turun cantik atau dak, kalau cantik, boleh trus pasang balik door trim mcm dalm gambar bawah nie..

So, kan dah ada power window... harap² hampa semua boleh buat... tp kalau x ok, boleh calling² aku untuk bantuan...